(1) Pengenalan : PERFORM DRILLING
MESIN GERUDI.
Fungsi utama mesin gerudi ialah untuk mengerudi lubang, disamping itu ia juga digunakan untuk kerja-kerja seperti melulas, melubang benam, melubang senggat, membenang dalam dan meratakan permukaan bintik.
Mesin gerudi |
(2) Jenis Mesin Gerudi.
Terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi seperti:
a) Mesin gerudi tekan atau mesin gerudi sensitif.
b) Mesin gerudi tiang.
c) Mesin gerudi jejarian ( radial ).
d) Mesin gerudi mudah alih.
e) Mesin gerudi kerja khas.
a) Mesin Gerudi Tekan ( Jenis Meja dan Lantai )
Mesin ini dinamakan juga mesin gerudi sensitif kerana hantaranya dibuat dengan tangan,
jadi,kawalan hantaran yang betul ditentukan dengan “merasa” gerakan pemotongan yang dibuat olehmata gerudi. Mesin ini terdiri daripada dua jenis iaitu jenis meja dan jenis lantai. Jenis meja
mempunyai turus yang pendek dan dipasan diatas meja, sementara jenis lantai mempunyai turus yang
panjang dan dipasang terus diatas lantai. Ia mempunyai tapak yang besar dan berat supaya stabil
kedudukanya. Mesin gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja am dan ia boleh memegang gerudi yang
mempunyai saiz sehingga 13 mm sahaja.
b) Mesin Gerudi Tiang.
Mesin ini boleh memegang gerudi yang lebih besar saiznya. Jika dibandingkan dengan gerudi yang dipegang oleh mesin gerudi sensitif. Ia boleh digunakan untuk kerja-kerja berat. Tapaknya besar dan kedudukanya stabil. Bentuk meisn ini hampir sama dengan mesin gerudi sensitif kecuali terdapat pesawat-pesawatpembolehubahdan hantaran kuasa automatik, dan pada kebanyakan mesin gerudi tiang, kawalan kelajuan spindal tidak lagi menggunakan takal dan tali sawat sebaliknya menggunakan gear.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan