Isnin, 8 November 2010

Proses mesin larik (turning)

Pengenalan : Mesin larik

Fungsi mesin pelarik           
             Mesin larik digunakan untuk melarik sesuatu bahan yang akan menghasilkan bentuk selinder dengan memutarkanya pada mata pemotong.
                Selain daripada itu operasi berikut juga dijalan kan pada mesin pelarik:
i.              Melarik penampang.
ii.             Melarik penirusan.
iii.            Mengulir
iv.            Menggerudi, menggerek dan melulas
v.             Membuang segi.
vi.            Memenggal
Mesin larik
Bahagian utama mesin pelarik
Bahagian utama mesin pelarik terdiri daripada berikut:
i.              Landasan (bed)
ii.             Alatan hadapan (head stock)
iii.            Alatan belakang (tail stok)
iv.           Kotak gear cepat tukar (quick change gear box)
v.            Kereta (carriage)


a)    Jenis-jenis Mesin Pelarik
           Mesin pelarik boleh didapati dalam beberapa bentuk dan saiz . Jenis yang terkecil digunakan dalam pengeluarkan komponen kecil seperti komponen jam tangan, sementara yang besar sekali digunakan untuk memesin syaf berat. Mesin pelarik bole dikelaskan kepada dua kategori:

·         Mesin Pelarik Jentera  
             Dalam kategori ini terdapat empat jenis mesin pelarik.

        i.    Jenis bangku.     
Mesin ini kecil dan boleh dipasang diatas bangku atau kabinet besi. Ia digunakan untuk menghasilkan kerja yang rengan dan halus.
         ii.    Mesin pelarik piawai.
Jenis ini lebih besar dan berat daripada jenis bangku. Panjang landasan mesin adalah diantara 1.5 meter hingga 6 meter . Lazimnya mesin ini digunakan untuk kerja –kerja penyelenggaran sederhana dan juga dalam institusi latihan kemahiran.
          iii.    Jenis toolroom.
Jenis mesin ini lebih persis dan digunakan dalam pembinaan Tool dan Die. Mesin ini juga dilengkapkan dengan alat tambah khas dan eksesori supaya beberapa operasi Tool dan Die boleh dilakukan .

           iv.    Jenis gap-bed             
Saiz mesin ini lebih besar daripada jenis bangku. Sebahagian daripada landasanya dibawah cuk boleh ditanggalkan supaya bahan kerja atau komponen dengan garispusat yang lebih besar boleh dipegang.


·         Jenis Mesin Pelarik Pengeluaran.
Ada lima jenis mesin pelarik untuk kategori ini :

         i.    Pelarik turret pelana.
Pelarik turret pelana juga disebut jenis mesin pelarik turret. Mesin ini mempunyai kepala turrert yang dipasang pada pelana yang bergerak diatas landasan . Kepala turret boleh memeganag beberapa jenis mata pemotong dan boleh digunakan untuk melarik beberapa operasi tanpa memberhentikan mesin untuk menukar mata alat. 
       
        ii.    Pelana kapstan.
Pelarik kapstan juga disebut pelarik turret pelantak. Mesin ini kecil sedikit saiznyz daripada jenis pelarik turret. Ia digunakan untuk melakukan kerja-kerja srderhana dan ringan sahaja. Kepala turret mesin ini terletak diatas satu kekesot berbentuk landasan pendek. Landasan pendek ini pula  boleh mengelansor diatas landasan utama mesi dan boleh dikunci pada sebarang kedudukan yang dikehendaki.
 
                      iii.    Pelarik automatik
Jenis mesin pelarik automatik dicipta untuk pengeluaran kuantiti diantara beberapa ratus sehingga beberapa puluh ribu komponen sehari. Semua pergerakan mata pemotong dan bahan kerja dikawal ole sesondol (cam) , sistem hidraulik atau sistem elektro mekanik.

            iv.    Pelarik kegunaan khas
Pelarik jenis ini dicipta untuk melakukan kerja-kerja khas seperti :
Ø  Pelarik roda kereta api.
Ø  Pelarik eksel.
Ø  Pelarik penampang.
Ø  Pelarik menegak.

                      v.    Pelarik N.C dan C.N.C
Mesin pelarik terbaru ini berfungsi dibawah kawalan komputer. Mesin ini lebih produktif dan hasil pengeluaranya lebih persis  jika dibandingkan denga mesin lain. Terdapat dua jenis mesin:
Ø  Jenis yang mempunyai turret dipasang pada landasan mesin sahaja.
Ø  Jenis yang mempunyai dua turret dimana satu terret dipasang pada landasan dan satu lagi pada kekesot lintang.

Link :

Proses mesin menggerudi

    (1) Pengenalan  :   PERFORM DRILLING

MESIN GERUDI.

Fungsi utama mesin gerudi ialah untuk mengerudi lubang, disamping itu ia juga digunakan untuk kerja-kerja seperti melulas, melubang benam, melubang senggat, membenang dalam dan meratakan permukaan bintik.

       

Mesin gerudi


(2)     Jenis Mesin Gerudi. 

Terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi seperti:
a)      Mesin gerudi tekan atau mesin gerudi sensitif.
b)      Mesin gerudi tiang.
c)      Mesin gerudi jejarian ( radial ).
d)     Mesin gerudi mudah alih.
e)      Mesin gerudi kerja khas.

a)      Mesin Gerudi Tekan ( Jenis Meja dan Lantai )
        Mesin ini dinamakan juga mesin gerudi sensitif kerana hantaranya dibuat dengan tangan,    
            jadi,kawalan hantaran yang betul ditentukan dengan “merasa” gerakan pemotongan yang dibuat oleh
            mata gerudi. Mesin ini terdiri daripada dua jenis iaitu jenis meja dan jenis lantai. Jenis meja
            mempunyai turus yang pendek dan dipasan diatas meja, sementara jenis lantai mempunyai turus yang
            panjang dan dipasang terus diatas lantai. Ia mempunyai tapak yang besar dan berat supaya stabil
            kedudukanya. Mesin gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja am dan ia boleh memegang gerudi yang
            mempunyai saiz sehingga 13 mm sahaja.

b)      Mesin Gerudi Tiang.
Mesin ini boleh memegang gerudi yang lebih besar saiznya. Jika dibandingkan dengan gerudi yang dipegang oleh mesin gerudi sensitif. Ia boleh digunakan untuk kerja-kerja berat. Tapaknya besar dan kedudukanya stabil. Bentuk meisn ini hampir sama dengan mesin gerudi sensitif kecuali terdapat pesawat-pesawatpembolehubahdan hantaran kuasa automatik, dan pada kebanyakan mesin gerudi tiang, kawalan kelajuan spindal tidak lagi menggunakan takal dan tali sawat sebaliknya menggunakan gear.

Link : http://en.wikipedia.org/wiki/Drill

Proses mesin pengisar ( milling )

(1) Pengenalan
     Mesin kisar (milling)
Terdapat berbagai-bagai jenis operasi mengisar yang boleh dilakukan pada mesin pengisar. Post ini menerangkan tatacara beberapa jenis operasi mengisar. Penerangan kali ini hanya menerangkan jenis operasi mengisar jenis 1 hingga 7 dibawah.
Jenis-jenis operasi mengisar tersebut adalah seperti berikut:
     
A.    Mengisar permukaan rata.

B.    Mengisar permukaan tepi.

C.   Mengisar hujung.

D.   Mengisar straddle.

E.    Mengisar berumpun.

F.    Mengisar permukaan bersudut.

G.   Memotong dudukan kunci.

H.   Memotong pelbagai jenis gear, seperti:
a.  Gear taji.
b.  Gear heliks.
c.  Gear rak.
d.  Gear belitan.

I.      Memotong pelbagai jenis lurah seperti:
a.  Lurah lurus.
b.  Lurah heliks.
c.  Lurah T.
d.  Gegancu.
e.  Gelugur.
f.   Ekor merpati.

J.    Memotong pelbagai jenis mata alat, seperti :
a. Mata pengisar.
b. Gerudi.
c. Pelulas.

K.    Mengisar sesendal


Mesin kisar (milling)
 


2.   Teknik penjajaran ( ALIGNING TECHNIQUE )

Untuk mendapatkan hasil kerja yang lebih tepat, maka setiap mesin perlulah disejajarkan keselarianya . Kertas penerangan ini menerangkan teknik penjajran meja dan ragum mesin.

Kerja-Kerja Penjajaran Meja dan Ragum Mesin Pengisar Universal

Sebelum kerja mengisar dimulakan, meja mesin dan ragum perlu dijajarkan. Tujuanya ialah supaya alat tersebut dapat mengisar permukaan bendakerja dengan tepat mengikut penandaan yang dibuat. Penjajaran termasuklah:

A.    Penjajaran meja selari dengan turus.
B.    Penjajaran ragum selari dengan penghantaran meja.
C.    Penjajaran ragum bersudut tepat dengan penghantaran meja.

A.    Penjajaran Meja Selari dengan Turus

Tatacara

a.    Bersihkan permukaan turus dan meja
b.    Pasangkan penunjuk dail dan letakkan diatas meja.
c.    Gerakkan meja kepada turus dan setkan penunjuk dail kepada angka 0 .
d.    Gerakkan meja kekiri atau kekanan untuk memerhatikan bacaan yang ditunjukkan oleh penunjuk dail .
e.    Jika terdapat perbezaan bacaan dari satu kesatu hujung turus, bermakna meja dan turus tidak sejajar. Laraskan meja dengan melonggarkan nat perumah meja berkilas.
f.     Ulang langkah ( d ) dan pastikan tidak terdapat perbezaan bagaan penunjuk dail disepanjang muka


B.      Penjajaran Ragum Selari dengan Penghantaran Meja .

Tatacara :

a.       Bersihkan meja dan tapak ragum berkilas.
b.      Pasangkan ragum pada meja, kilas dengan pengapit tetapnya selari dengan lurah T pada meja mesin.
c.       Pasangkan penunjuk dail arbor.
d.      Pasangkan bilah selari kedalam ragum dan ikatkanya.
e.       Naikkan meja sehingga penunjuk dail menyentuh jalur selari dan setkan kepada angka 0.
f.       Gerakkan meja kekiri dan kekanan untuk memerhatikan bacaan yang ditunjukkan oleh penunjuk dail.
g.      Jika terdapat perbezaan bacaan , laraskan dengan cara mengilas ragum seiengah daripada perbezan bacaan yang ditunjukkan
h.      Ulang langkah (f), buat pelarasan jika perlu sehingga tidak terdapat lagi perbezaan bacaan disepanjang permukaan jalur selari.


C.     Penjajaran Ragum Bersudut Tepat dengan Penghantaran Meja.
a)     Menggunakan sesiku L.
b)    Menggunakan penunjuk dail.

a)     Menggunakan sesiku L
Tatacara:
a.     Bersihkan meja dan tapak ragum. Pasangkan ragum supaya pengapit tetapnya berkedudukan 90 dengan meja.
b.    Letak dan rapatkan sesiku L pada permukaan turus da permukaan pengapit.
c.     Perhatikan telusan atau cahaya pada permukaan pengapit tetap ragum.
d.    Buat pelarasan (jika perlu) dengan cara mengilaskan ragum sehingga permukaan pengapit betul-betul rapat dengan sesiku.
b)      Menggunakan Penunjuk Dail .
Tatacara:
a.       Bersihkan meja dan tapak ragum . Pasangkan ragum supaya pengapit tetapnya bersudut tepat dengan meja mesin.
b.      Pasangkan penunjuk dail pada arbor mesin dan juga bilah selari pada ragum.
c.       Naikkan meja dan setka penunjuk dail kepada angka 0.
d.      Gerakkan meja keluar menghala kearah turus untuk memerhatikan bacaan yang ditunjukkan oleh penunjuk dail.
e.       Jika terdapat perbezaan, laraskan dengan cara mengilaskan ragum setengah daripada perbezaan bacaan yang ditunjukkan .
f.       Ulang langkah (d) , buat pelarasan jika perlu sehingga penunjuk dail memberi bacaan yang sama disepanjang jalur selari.

B.    OPERASI  MENGISAR

Terdapat berbagai-bagai jenis operasi mengisar dan pengetahuan melakukan operasi mengisar amatlah penting. Kertas penerangan ini menerangkan tentang operasi mengisar.

Hubungan antara bendakerja dengan arah putaran mata alat menentukan kaedah mengisar. Terdapat dua kaedah mengisar iaitu mengisar keatas dan mengisar kebawah.

a)     Mengisar Keatas.

Dalam kaedah ini , hantaran bendakerja melawan arah pusingan mata alat. Ciri-ciri berikut terdapat pada kaedah ini.

a.     Bentuk tatal yang dihasilkan tebal dibahagian hujung menekala dibahagian pangkalnya adalah nipis.
b.    Menghasilkan permukaan yang kasar.
c.     Mata alat menolak keluar bendakerja dari ragum, ini dapat mengurangkan kesan renggangan skru penghantar kepada mesin kisar.
d.    Bendakerja mestilah diikat dengan kuat.
e.     Kaedah ini sesuai dilakukan bagi mata alat pengisar yang bersaiz dan untuk mengisar keluli yang lembut dan mulur.

b)    Mengisar Kebawah.

Dalam kaedah ini pula , hantaran bendakerja mengikut arah putaran mata alat.
Ciri-ciri yang berikut terdapat pada kaedah ini.

a.     Bentuk tatal yang dihasilkan nipis dibahagian hujung menekala dibahagian pangkalnya tebal.
b.     Menghasilkan permukaan yang lebih halus kerana adanya tindakan mengikis mata alat.
c.     Mata alat menarik masuk bendakerja kebawah mata alat yang sedang berputar . Mesin mestilah bebas daripada kerenggangan skru penghantaran meja. Seelok-eloknya meja hendaklah dilengkapkan dengan alat pencegah kerengangan.
d.     Kaedah ini sesuai dilakukan pada mesin yang berkedudukan tegak dan lebih besar saiznya.
e.     Bendakerja mestilah diikat dengan kuat.



 

Ahad, 7 November 2010

Proses mencanai

Mesin pencanai meja
(1) Pengenalan  
  
      Proses mencantikkan atau meratakan sesuatu permukaan dengan menggunakan mesin pencanai dengan cara mengenakan permukaan bahan kerja kepada roda pencanai yang sedang berpusing sehingga menghauskan permukaan itu dinamakan proses mencanai.
Bentuk roda pencanai telah ditentukan oleh  Persatuan Pembuat Roda Pencanai. Ia terdapat berbagai bentuk , dan yang lazimnya digunakan dalam bengkel kejuruteraan. http://en.wikipedia.org/wiki/File:Rotating_grinder.gif

(2)Bentuk roda pencanai

    Dalam bengkel kejuruteraan terdapat berbagai bentuk roda pencanai yang digunakan untuk kerja mencanai. Lihat rajah A , bentuk  ( a ) hingga ( h ) digunakan sebagai roda pencanai piring yang digunakan pada mesin pencanai selinder , mesin pencanai permukaan dan kerja kerja am. Manakala roda bentuk cawan iaitu bentuk ( j ) hingga ( l ) digunakan pada mesin pencanai permukaan. Bentuk ( m ) , ( n ) dan ( p ) digunakan pada mesin pencanai mata alat pemotong dan bentuk ( r ) untuk kerja mencanai alur dan mengerat ( Lihat Rajah A ).


Rajah A
  
     3.  Komponen Asas Roda Pencanai. ( Lihat Rajah B ).

      Roda pencanai mempunyai dua komponen asas iaitu :
i.              Pelelas.
ii.            Pengikat.
          i.  Pelelas
          Pelelas diperbuat dari bahan yang sanggat keras dan dapat memotong atau lelas bahan yang lain. Apabila pelelas digunakan sebagai pencanai, ia dapat meratakan permukaan yang kasar serta melicinkan garis garis atau calar calar yang terdapat pada permukaan.
          Pelelas dibahagikan kepada dua jenis iaitu :  
a.    Pelelas asli.
b.    Pelelas tiruan.  

         Pelelas asli adalah bahan semula jadi yang terdapat dibumi. Pelelas ini tidak sekuat pelelas tiruan. Antara pelelas asli yang biasa digunakan ialah :
i.              Pumica.
ii.            Batu pasir.
iii.           Amril.
iv.           Rotten stone.
v.            Intan.


Pelelas tieuan adalah buatan manusia dan dibuat direlau letrik dan lebih keras daripada pelelas asli. Pelelas tiruan yang biasa digunakan ialah :
i.              Silikon karbide.
ii.            Aluminium oksida.
iii.           Intan tiruan.
iv.           Zircona – aluminium oksida.
v.            Doron karbida.

         ii.  Pengikat
         Bahan pengikat adalah menentukan kekuatan roda pencanai , samada roda jenis roda tegap atau roda mudah lentur. Pengikat juga menentukan jumlah daya yang dikhendaki untuk mengeluarkan satu zarah pelelas dari roda. Ini sanggat penting menentukan kesan pemotongan. Terdapat lima jenis pengikat yang biasa digunakan iaitu :
                        i.         Kekaca .
                        ii.         Silikat.
                        iii.       Syelek.
                        iV       .Getah.
                         v.       Damar.



Rajah B. Komponen asas roda pencanai